DrYTT

DR YAHAYA TECHNOLOGY TRAINING

DrYTT

DR YAHAYA TECHNOLOGY TRAINING

Menu

Kenali saya..!

Dr Yahaya Abdullah

Dr Yahaya Abdullah

Inilah sayaaaaa...

Dr Yahaya Abdullah mula berlatih multimedia sebelum katanama itu dicipta! Didedah kepada komputer pada usia muda 7 tahun, dia masih terlibat 44 tahun kemudian, sehingga kini.

Pengalaman profesional Dr Yahaya bermula sejak tahun 1994, di mana beliau memulakan kemahirannya dalam animasi 3D dan video, di industri penyiaran. Itu disusuli dengan khidmat di pelbagai syarikat terkenal, tempatan dan luar negara, melibatkan diri dalam banyak projek televisyen dengan stesen penyiaran utama dan pusat-pusat produksi. Beberapa tahun kemudian, beliau bercabang ke sektor pendidikan, di mana beliau berkhidmat di pelbagai institusi pengajian tinggi dan sekolah antarabangsa, membangunkan sistem pendidikan dan sukatan pelajaran mereka. Semua ini terkumpul kepada pembinaan asas IGCSE, LAN dan MQA, asas kursus dan program institusi-institusi tersebut. Beliau juga membangunkan dokumen bersama yang berkaitan dengan kursus RMIT Australia, untuk menyepadukan sukatan pelajaran animasi 3D mereka untuk digunakan dan diajar di sana. Di Malaysia, khidmat beliau untuk Kerajaan Malaysia merangkumi Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pembangunan Kemahiran, MARA, RTM, IPPTAR, Kementerian Sains dan Teknologi, SEDA dan Kementerian Sumber Manusia.

Dari segi latihan, beliau telah menulis dan membangunkan kursus yang dilulus PSMB dan pelbagai kursus/bengkel pendek untuk 3D, Video, Animasi dan Multimedia. Bagi negara, beliau telah dan masih membangunkan dokumentasi NOSS dan OA Malaysia untuk kegunaan nasional dan antarabangsa, pada masa ini untuk negara APEC. Dari sudut latihan professional, beliau telah menjalankan kursus-kursus rekacipta PSMB untuk Kereta-api Tanah Melayu (KTM) Berhad, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), RTM, IPPTAR, PBT Melaka(MBMB) dan banyak lagi. Bagi pengalaman pentadbiran akademik, beliau kini terlibat dalam pengurusan operasi kanan, sejak sedekad yang lalu, di pelbagai pusat latihan dan IPTS.

Di masa kini, Dr Yahaya meneraju lebih jauh ke arah pembinaan pembangunan dasar dan organisasi, bersama seminar dan syarahan dengan topik dan subjek perniagaan berkaitan sumber manusia dan prestasi. NGO, institusi perniagaan, syarikat permulaan dan jabatan kerajaan serta fakulti pendidikan mengikuti kursus strategik proaktif yang diketuai oleh Dr Yahaya ke arah masa depan berteknologi.

Tersohor dan terkenal didalam industri animasi dan penyiaran digital, beliau dikenali di peringkat antarabangsa di mana kurikulum ciptaan beliau disesuaikan dan digunakan bukan sahaja oleh institusi akademik tempatan, malah juga universiti luar negara. Beribu-ribu pelajar di seluruh dunia telah dilatih oleh beliau, memenangi pertandingan antarabangsa dan menghasilkan kandungan bertaraf dunia. Bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya dengan tutorial berteknologi tinggi bersama bimbingan pakar beliau! 

X